Preview News Penting Buat EUR & GBP: 07/06/2018

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 07/06/2018

Indikator industri Jerman adalah volatile, namun data tempahan kilang yang mengecewakan untuk tiga kali berturut-turut telah memperlihatkan satu trend

Indikator industri Jerman adalah volatile, namun data tempahan kilang yang mengecewakan untuk tiga kali berturut-turut telah memperlihatkan satu trend yang jelas. Tempahan susut -0.9% pada bulan Mac yang lalu dan dijangka pulih pada bulan April dengan bacaan naik ke paras 0.7%.

Kemudian pada jam 3.30 petang, indeks harga rumah terbesar di UK iaitu Halifax HPI dijangka pulih pada bulan Mei dengan bacaan naik 1.1% selepas merekodkan kejatuhan -3.1% pada bulan sebelumnya.

Data akhir KDNK Zon Eropah bagi suku tahun pertama Q1 akan dikeluarkan pada jam 5 petang. Terbitan akhir ini akan mengesahkan laporan awal yang lalu di mana KDNK Q1 kekal pada paras 0.4%, lebih rendah berbanding angka 0.6% yang dikeluarkan pada Q4 2017.

David Ramsden menjadi ahli MPC BoE yang terakhir yang akan mengeluarkan kenyataan pada minggu ini. Ulasan beliau menjadi perhatian kerena pendekatannya yang neutral dan pandangan beliau sebelum ini pernah memberi kesan langsung kepada pergerakan pasaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: