Preview News Penting Buat EUR & GBP: 10/12/2018

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 10/12/2018

Bermula pada jam 2.30 petang hari Isnin, Timbalan Gabenor BoE Jon Cunliffe akan berucap di dalam sebuah persidangan di Istanbul, Turki. Cunliffe di

Bermula pada jam 2.30 petang hari Isnin, Timbalan Gabenor BoE Jon Cunliffe akan berucap di dalam sebuah persidangan di Istanbul, Turki.

Cunliffe dijangka akan mengelak daripada mengulas hal-hal berkaitan Brexit namun para pelabur tetap akan meneliti pandangan beliu terhadap keadaan semasa ekonomi global.

Sebagai penggerak utama ekonomi Eropah, perdagangan Jerman kekal mendominasi dengan jumlah lebih dagangan yang tinggi.

Namun jumlah lebihan telah berada di bawah 20 billion euro sejak bulan Mei yang lalu dan pada bulan Oktober, lebihan dagangan Jerman dijangka berada sekitar paras 17.2 billion euro.

Kemudian pada jam 4.00 petang, Mahkamah Keadilan Eropah akan mengumumkan keputusan rasmi terhadap pembatalan Artikel 50 (klausa peralihan daripada Kesatuan Eropah).

Penasihat Umum EU berpendapat UK boleh bertindak dengan sendiri dalam memutuskan hal berkaitan Brexit dan mahkamah dijangka akan meluluskan padangan tersebut.

Walaupun kerajaan Britian dilihat tidak akan membuat sebarang perubahan, namun keputusan ini akan membuka peluang kepada pengundi ‘kekal’ dan sebahagain ahli parlimen UK untuk menghentikan Brexit melalui referendum yang baru.

Pada jam 5.30 petang, fokus pasaran beralih kepada data GDP UK. UK telah mengubah penerbitan data pertumbuhan GDP secara bulanan pada tahun ini.

Angka pada bulan September mengecewakan pasaran apabila tiada perubahan dengan kadar 0%, namun masih berkembang sepanjang Q3.

Pasaran akan mendapatkan angka pertama bagi suku tahun keempat yang dijangka naik 0.1% dan bacaan tersebut akan dibawa ke dalam perbahasan Brexit.

Antara komponen penting dalam pertumbuhan adalah pengeluaran sektor pembuatan di UK. Selepas meningkat pada bulan September, output pembuatan bulan Oktober dijangka mendatar pada paras 0%

Sementara output industri pula dijangka susut sekitar -0.4% pada bulan Oktober dalam unjuran bulan ke bulan (MoM).

UK juga akan menerbitkan penyata perdagangan mereka dengan defisit pada bulan Oktober dijangka meningkat kepada -10.15 billion pound.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: