Perkembangan sektor pembuatan UK menjadi perhatian pada hari ini. Pada Januari yang lalu, sektor ini merekodkan peningkatan kecil setinggi 0.1%. Kadar
Perkembangan sektor pembuatan UK menjadi perhatian pada hari ini. Pada Januari yang lalu, sektor ini merekodkan peningkatan kecil setinggi 0.1%. Kadar pertumbuhan dijangka akan bergerak lebih cepat pada bulan Februari dengan bacaan 0.2%.
Laporan Output Industri bagi bulan Februari pula dijangka jatuh ke paras 0.4% selepas naik 1.3% pada bulan sebelumnya.
Kemudian diikuti laporan imbangan perdagangan UK yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang. Jumlah defisit dagangan dijangka menyusut pada bulan Februari kepada 12 billion, kurang 0.33 billion berbanding bulan Januari.
Ucapan Presiden ECB, Mario Draghi di dalam persidangan pelajar di Frankfrut turut menjadi perhatian.
Beliau akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan dan berpeluang untuk memberi maklum balas berkenaan pertumbuhan ekonomi zon Eropah yang dilihat semakin lemah atau telah berada di puncak kitaran pada bulan Disember lalu.
Sebarang ulasan mengenai inflasi akan diteliti dan memberi kesan langsung kepada pergerakan matawang EUR.
Hasil tinjauan Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS) telah menunjukkan imbangan yang sempurna pada kenaikan dan penurunan harga perumbahan pada bulan Februari dan berdasarkan laporan terkini yang akan dikeluarkan pada jam 7.30 pagi (Khamis), imbangan bulan Mac dijangka meningkat kepada 2%.
COMMENTS