Preview News Penting Buat EUR & GBP: 12/11/2019

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 12/11/2019

Pada jam 5.30 petang hari Selasa, para pelabur akan mengemas kini laporan kedua paling signifikan daripada UK pada minggu ini selepas laporan GDP iai

Pada jam 5.30 petang hari Selasa, para pelabur akan mengemas kini laporan kedua paling signifikan daripada UK pada minggu ini selepas laporan GDP iaitu data pasaran pekerjaan.

Berbeza dengan amaran yang dikeluarkan oleh Bank Pusat England, sektor pekerjaan UK terus menunjukkan angka-angka yang memberansangkan dan trend ini dijangka berterusan memasuki bulan September.

Kadar pengangguran bulan September dijangka kekal pada paras terendah di dalam sejarah, iaitu 3.8 peratus sementara pertumbuhan pendapatan dilihat akan mengekalkan peningkatan tahunan pada paras 3.9%, stabil di atas kadar inflasi 1.7%.

Kemudian pada jam 6 petang, pasaran akan mendapatkan bacaan indeks sentimen ekonomi Jerman dan EU bagi bulan November hasil tinjaun ZEW.

Data yang menjadi Indikator utama dalam mengukur tahap keyakinan pelabur kekal di dalam zon negatif dengan indeks menyusut -22.5 bulan Oktober dan seluruh zon Eropah jatuh ke paras -23.5 mata pada bulan yang lalu.

Namun begitu, kedua-dua angka di atas dijangka melaporkan pemulihan kecil pada bulan November, naik kepada -13.2 mata di Jerman dan -11.5 mata di EU.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: