Preview News Penting Buat EUR & GBP: 13/11/2018

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 13/11/2018

Pertumbuhan harga pengguna CPI di Jerman menjadi data pertama yang akan dikemas kini oleh pelabur pada hari Selasa. Laporan yang akan diterbitkan p

Pertumbuhan harga pengguna CPI di Jerman menjadi data pertama yang akan dikemas kini oleh pelabur pada hari Selasa.

Laporan yang akan diterbitkan pada jam 3 petang akan mengesahkan bacaan awal CPI bulan Oktober yang dikeluarkan 30 Oktober lalu dengan jangkaan meningkat ke paras 0.2%.

Angka ini kemudian akan dimasukkan ke dalam bacaan akhir CPI Zon Eropah pada hari Jumaat.

Kemudian pada jam 5.30 petang, tumpuan pasaran beralih kepada perkembangan sekotr pekerjaan di UK.

Pertumbuhan gaji UK pada bulan Ogos bergerak lebih cepat, naik 2.7% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Pendapatan memberi impak paling signifikan dalam laporan pekerjaan UK dan diramalkan naik lebih pantas ke paras 3.0% (YoY) pada bulan September. Kadar pengangguran pula dijangka kekal rendah di paras 4%.

Pasaran walau bagaimanapun kecewa dengan peningkatan sebanyak 18,500 tuntuan insurans pengangguran pada bulan September.

Permohonan djangka meningkat pada angka yang lebih kecil pada bulan Oktober sekitar 4,300.

Pada jam 6 petang, para pelabur akan mendapatkan sentimen ekonomi Jerman ZEW bulan November.

Hasil tinjauan daripada 300 analisis dan institusi pelabur menunjukkan mereka kekal pesimis terhadap ekonomi Jerman pada bulan November dengan bacaan kekal di zon negatif di paras -24.2 mata.

Tinjuan ZEW terhadap sentimen ekonomi Zon Eropah juga dijangka memaparkan angka negatif, berada sekitar -17.3 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: