Preview News Penting Buat EUR & GBP: 16/12/2019

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 16/12/2019

Bacaan indeks PMI hasil tinjauan IHS Markit bagi negara-negara Eropah akan dikeluarkan bermula di Perancis (4.15 petang), Jerman (4.30 petang) dan Zo

Bacaan indeks PMI hasil tinjauan IHS Markit bagi negara-negara Eropah akan dikeluarkan bermula di Perancis (4.15 petang), Jerman (4.30 petang) dan Zon Eropah (5 petang) pada hari Isnin.

Pemulihan telah berlaku pada bulan November yang lalu dan bacaan awal bagi bulan Disember pada petang ini dijangka menunjukkan kemajuan yang lebih baik.

Di Perancis kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan berkembang walaupun dengan kadar yang perlahan. Sektor pembuatan Jerman pula masih mengucup, namun angka semakin mengecil.

Begitu juga dengan perkembangan sektor perkhidmatan Jerman yang mana dijangka meningkat daripada 51.7 kepada 52 mata pada bulan Disember.

Dengan pemulihan pada kedua-dua sektor, indeks Kompositi bagi seluruh Zon Eropah dijangka meningkat sekitar 50.7 mata pada bulan Disember, kekal di atas 50 mata yang memisahkan antara perkembangan dan pengucupan.

Para pelabur akan meneliti bacaan-bacaan di atas untuk menilai apakah indikator-indikator yang menghijau akan membawa kepada pertumbuhan atau hanya memberi kesan pemulihan sementara.

Di UK, data awal PMI bagi bulan Disember yang akan dikeluarkan pada jam 5.30 petang dijangka akan menunjukkan pemulihan pada sektor pembuatan.

Manakala sektor perkhidmatan pula dijangka mengisyaratkan kelemahan apabila kekal mengucup dengan bacaan yang lebih rendah.

Angka awal bagi PMI UK ini telah disusun sebelum pilihan raya yang lalu, oleh itu berkemungkinan tidak mencerminkan sepenuhnya reaksi sebenar pasaran. Walau bagaimanapun, data tersebut masih berpotensi memicu pergerakan pound.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: