Preview News Penting Buat EUR & GBP: 18/12/2019

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 18/12/2019

Bermula jam 3 petang hari Rabu, pasaran akan menerima data terkini indeks harga pengeluar (PPI) Jerman bagi bulan November dengan jangkaan harga di p

Bermula jam 3 petang hari Rabu, pasaran akan menerima data terkini indeks harga pengeluar (PPI) Jerman bagi bulan November dengan jangkaan harga di peringkat kilang meningkat sekitar 0.1%.

Kemudian pada jam 5 petang, fokus beralih kepada outlook peniaga Jerman bulan Disember hasil tinjauan Ifo.

Sebagaimana PMI, Ifo yang menjadi badan pemikir pertama di Jerman telah menunjukkan pemulihan kecil pada keyakinan perniagaan enam bulan kehadapan.

Indeks iklim perniagaan telah melonjak ke paras tertinggi empat bulan yang lepas pada bulan November, dan momentum yang sama dijangka kekal pada bulan Disember, meningkat ke paras 95.5 mata.

CPI UK telah menyusut sejak pertengahan tahun 2019 sejak inflasi masih berada sekitar paras dua peratus.

Inflasi telah menurun ke paras 1.5% (YoY) pada bulan Oktober, kadar terendah sejak November 2016 yang lalu dan pemulihan kecil dijangkakan pada bulan November, meningkat 0.2% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM).

Berbeza dengan Zon Eropah, CPI telah jatuh ke paras 0.7% (YoY) pada bulan Oktober dan dijangka meningkat ke paras 1.0% pada bulan lalu.

CPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga juga dijangka naik daripada 1.1% kepada 1.3% dalam unjuran tahun ke tahun.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: