Preview News Penting Buat EUR & GBP: 19/03/2019

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 19/03/2019

UK akan menerbitkan data pekerjaan bagi pada hari Selasa dan secara keseluruhan pasaran buruh UK dalam keadaan baik tanpa sebarang perubahan yang sig

UK akan menerbitkan data pekerjaan bagi pada hari Selasa dan secara keseluruhan pasaran buruh UK dalam keadaan baik tanpa sebarang perubahan yang signifikan.

Kadar pengangguran telah susut ke paras 4.0% pada bulan Disember dan dijangka mengekalkan angka yang sama pada bulan Januari.

Pertumbuhan purata pendapatan pula semakin perlahan, dijangka jatuh daripada 3.4% kepada 3.2% pada bulan Januari.

Namun begitu, gaji meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding inflasi dan fenomena ini bukanlah perkara yang sering berlaku.

Dengan data-data UK yang meyakinkan, Bank Pusat England (BoE) dijangka akan menaikkan kadar faedah mereka bagi mengurangkan potensi inflasi yang akan menjadi penghalang kepada peningkatan pendapatan.

Jangkaan rate hike BoE walau bagaimanapun masih terhalang dengan isu Brexit, oleh itu jika pertumbuhan gaji lebih cepat atau lebih lambat, tiada reaksi mendadak ke atas pound dijangkakan.

Di Eropah, para pelabur dan penganalisis kekal pesimis dengan outlook ekonomi Jerman walaupun bacaan indeks ZEW Ekonomi Jerman sedikit pulih pada bulan Februari lalu.

Angka pada bulan Februari berada di paras -13.4 mata, lebih tinggi daripada jangkaan dan bacaan pada bulan Mac yang akan diterbitkan pada jam 6 petang dijangka berada pada paras -11.0 mata.

Indeks Sentimen Ekonomi ZEW bagi Zon Eropah pula dijangka semakin pulih pada bulan Mac, naik daripada -16.6 mata kepada -15.1 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: