Preview News Penting Buat EUR & GBP: 23/05/2019

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 23/05/2019

Kalendar ekonomi pada hari Khamis merupakan antara yang tersibuk pada minggu ini bermula dengan bacaan akhir GDP Q1 Jerman pada jam 2 petang yang aka

Kalendar ekonomi pada hari Khamis merupakan antara yang tersibuk pada minggu ini bermula dengan bacaan akhir GDP Q1 Jerman pada jam 2 petang yang akan mengesahkan peningkatan 0.4% (QoQ) pada suku tahun pertama lalu dan 0.6% (YoY).

Kemudian, pasaran akan mengemas kini data awal PMI Pembuatan dan Perkhidmatan bagi bulan Mei di Perancis (3.15 petang), Jerman (3.30 petang) dan Zon Eropah (4 petang).

Aktiviti pembuatan Jerman dan Zon Eropah dijangka terus mengucup pada bulan Mei sementara sektor perkhidmatan bagi ketiga-tiga negara dijangka mengekalkan perkembangan yang kecil.

Pada jam 4 petang, Ifo akan menerbitkan hasil tinjauan indeks iklim perniagaan mereka yang dijangka menunjukkan keyakinan perniagaan Jerman kukuh di paras 99.2 mata.

ECB pada jam 7.30 petang akan menerbitkan minit mesyuarat dasar mereka pada bulan April yang lepas.

Para pelabur akan mencari lebih banyak petunjuk berkenaan tempoh untuk kadar faedah diubah selepas bank pusat mengumumkan bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga musim bunga tahun hadapan.

Hari ini juga akan dimulakan pilihan raya parlimen Eropah yang akan berlansung selama sehingga hari Ahad, melibatkan 28 buah negara termasuk UK.

Undian UK menjadi perhatian kerana dijangka akan menjadi titik perubahan bagi Brexit, namun jika Parti Konservetif gagal meraih keputusan yang baik, tekanan untuk menjatuhkan PM May akan meningkat.

UK pada hari ini akan mengeluarkan laporan jualan runcit dan volatiliti yang besar menyukarkan pasaran untuk mendapatkan jangkaan yang tepat.

Pada bulan Mac, data meningkat 1.1% (MoM), lebih tinggi berbanding 0.4% pada bulan sebelumnya, dan pada jam 4.30 petang pasaran akan mendapat bacaan bagi bulan April.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: