Preview News Penting Buat EUR, GBP & AUD: 03/12/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & AUD: 03/12/2018

Keputusan dasar kewangan Rizab Bank Australia (RBA) yang terkini akan diumumkan pada jam 11.30 pagi hari Selasa. RBA telah mengekalkan kadar faedah

Keputusan dasar kewangan Rizab Bank Australia (RBA) yang terkini akan diumumkan pada jam 11.30 pagi hari Selasa.

RBA telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% melebihi tempoh dua tahun dan mereka dijangka mengulangi keputusan yang sama pada pertemuan kali ini.

Namun begitu, gabenor RBA Phillip Lowe dan pembuat dasar yang lain telah memberi insyarat bahawa akan berlakunya perubahan hawkish pada polisi kewangan tahun hadapan.

Kenyataan RBA yang akan diterbitkan pada jam 11.30 dijangka akan mengulas berkenaan kemajuan positif sektor pekerjaan, kelemahan sektor perumahan dan penurunan hasil perdagangan antarabangsa.

Sepanyol sebagai pemilik ekonomi keempat terbesar di Eropah telah mengalami isu pengangguran yang tinggi, oleh itu angka perubahan pekerjaan yang akan dikeluarkan pada jam 4 petang akan diteliti.

Peningkatan sebanyak 52,500 pengangguran direkodkan pada bulan Oktober berikutan musim pelancongan semakin perlahan. Pengangguran dijangka terus meningkat pada bulan November dengan angka yang lebih kecil sekitar 34,200.

Pada hari ini juga akan diumumkan keputusan Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) apakah UK dapat secara sendirian menghentikan Brexit dengan menggubal semula Artikel 50, klausa yang dibuat bagi negara yang keluar daripada Kesatuan Eropah.

Sekiranya undian perjanjian Brexit di parlimen UK gagal, menangguhkan proses peralihan mungkin menjadi pilihan yang lain.

Sekiranya pilihan ini berjaya dimasukkan ke dalam senarai, pound akan melonjak. Namun jika gagal dikemas kini, pound akan kembali lemah.

Kemudian, pasaran akan mengikuti ulasan oleh Gabenor BoE Mark Carney pada jam 5.15 petang bagi mencari maklumat tambahan berkaitan outlook dasar bank pusat dan juga pandangan mereka terhadap kedudukan Brexit terkini.

Pada jam 5.30 petang, para pelabur akan mendapatkan angka indeks PMI Pembuatan di UK bagi bulan November.

Selepas berkembang pesat pada bulan Oktober, Markit dijangka melaporkan penurunan pada bacaan indeks daripada 53.2 kepada 52.5 mata.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: