Preview News Penting Buat EUR, GBP, AUD & USD: 02/12/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP, AUD & USD: 02/12/2019

Caixin China pada hari Isnin akan mengeluarkan hasil tinjauan mereka terhadap PMI sektor pembuatan bagi pemilik ekonomi kedua terbesar dunia. Sekt

Caixin China pada hari Isnin akan mengeluarkan hasil tinjauan mereka terhadap PMI sektor pembuatan bagi pemilik ekonomi kedua terbesar dunia.

Sektor ini telah berkembang sepanjang tiga bulan yang lalu dengan bulan Oktober merekodkan peningkatan 51.7 mata, bacaan terbaik sejak April 2017.

Penurunan kecil ke paras 51.5 mata dijangka berlaku pada bulan November, mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap isu hubungan perdagangan AS dan China.

Kemudian, IHS Markit akan mengemas kini data PMI Pembuatan bulan November bagi benua Eropah bermula di Sepanyol (4.15 petang), Itali (4.45 petang), Perancis (4.50 petang), Jerman (4.55 petang), EU (5 petang) dan UK (5.30 petang).

Bacaan akhir yang dikeluarkan pada hari ini akan mengesahkan data awal yang telah diterbitkan pada akhir bulan November yang lalu dimana sektor pembuatan di Perancis satu-satunya negara yang berjaya mengekalkan perkembangan.

Sementara sektor pembuatan Sepanyol pula telah menyusut sejak lima bulan yang lalu dan dijangka mengekalkan trend tersebut pada bulan lepas.

Kelembapan sektor pembuatan di Itali pula telah berlanjutan lebih setahun yang lalu manakala Jerman kekal dengan bacaan terendah berbanding yang lain.

UK turut mengalami nasib yang sama apabila bacaan indeks jatuh di bawah 50 mata, dijangka menurun daripada 49.6 kepada 48.3 mata pada bulan yang lalu.

Pada jam 11 malam, para pelabur akan mendapatkan bacaan akhir bagi PMI Pembuatan AS bulan November hasil tinjauan ISM yang mana telah meleset jatuh lebih rendah daripada jangkaan sejak empat bulan yang lepas.

Aktiviti sektor pembuatan bergerak perlahan sejak bulan Ogos yang lalu dengan bacaan indeks jatuh di bawah 50 mata, dan dijangka mencatat pemulihan kecil pada bulan lepas daripada 48.3 kepada 49.2 mata.

Data di atas akan menjadi indikator pertama kepada pasaran menjelang laporan pekerjaan AS yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: