Preview News Penting Buat EUR, GBP & CAD: 17/12/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & CAD: 17/12/2018

Pada jam 6 petang hari Isnin, para pelabur akan mendapatkan bacaan akhir inflasi harga pengguna (CPI) seluruh zon Eropah bagi bulan November. Data

Pada jam 6 petang hari Isnin, para pelabur akan mendapatkan bacaan akhir inflasi harga pengguna (CPI) seluruh zon Eropah bagi bulan November.

Data akhir CPI yang dikeluarkan oleh Jerman mengesahkan peningkatan kecil 0.1% pada inflasi harga pengguna bulan November, sementara Perancis pula mencatat deflasi apabila harga menurun -0.2% pada bulan lalu.

Bacaan CPI Zon Eropah dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) juga dilihat akan memaparkan penurunan -0.2%, dan mengesahkan kejatuhan kadar inflasi dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) daripada 2.2% kepada 2.0%

Bacaan awal CPI Teras (YoY) yang mengecualikan harga makanan dan tenaga menunjukkan kadar inflasi harga jatuh daripada 1.1% kepada 1.0% dan laporan pada hari ini akan mengesahkan angka tersebut.

Kemudian pada jam 7 petang, data jangkaan pesanan industri CBI akan dikeluarkan.

Pada bulan November lalu, pasaran dikejutkan apabila hasil tinjauan 550 syarikat pembuatan keyakinan mereka terhadap ekonomi.

Syarikat menjangkakan jumlah pesanan meningkat pada bulan November melonjak sekitar 10 mata, menjangkaui jangkaan yang melihat penurunan sebanyak -6 mata.

Momentum tersebut dilihat akan terus dibawa kepada bulan Disember dengan jangkaan pesanan kekal positif di paras 6 mata.

Di Kanada, pada jam 9.30 malam, angka pembelian bon dan aset oleh pelabur asing akan dikemas kini.

Pada bulan Oktober, pembelian bon melonjak sebanyak $7.7 billion CAD, melepasi jangkaan yang hanya melihat pembelian sekitar $0.30 billion CAD.

Dengan berakhirnya konflik perjanjian NAFTA, pembelian aset Kanada oleh pelabur asing dijangka terus meningkat pada bulan Oktober sebanyak $6.20 billion CAD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: