Preview News Penting Buat EUR, GBP & JPY: 19/09/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & JPY: 19/09/2018

Bank Pusat Jepun (BoJ) mempunyai dasar kewangan paling longgar di kalangan negara-negara maju dan keputusan ini dibuat bertujuan memberi ransangan kep

Bank Pusat Jepun (BoJ) mempunyai dasar kewangan paling longgar di kalangan negara-negara maju dan keputusan ini dibuat bertujuan memberi ransangan kepada ekonomi negara.

Namun begitu, inflasi teras masih jauh daripada sasaran 2 peratus bank pusat. BoJ juga telah membuat sedikit perubahan terhadap skim pembelian bon mereka dengan membuka rangkaian pembelian yang lebih luas.

Ahli-ahli BoJ dijangka tidak akan mengubah pendirian mereka dalam masa yang terdekat dan Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda akan mengeluarkan kenyataaan di dalam sidang media selepas keputusan kadar faedah diumumkan pada jam 11 pagi.

Sekiranya mereka optimis dengan peningkatan GDP baru-baru ini, yen berpotensi untuk pulih di dalam jangka masa pendek.

Kemudian, fokus pasaran tertumpu kepada laporan indeks harga pengeluar (PPI) Jerman yang akan diterbitkan pada jam 2 petang.

Harga pengeluar pada bulan Julai yang lalu hanya naik 0.2% (MoM), lebih rendah daripada jangkaan dan menunjukkan inflasi telah bergerak lebih perlahan. Angka yang sama dijangka akan dikeluarkan pada bulan Ogos.

Bermula jam 4 petang, para pelabur akan meneliti perkembangan inflasi di UK.

Bank pusat England (BoE) telah menaikkan kadar faedah pada bulan Ogos dengan dorongan peningkatan inflasi.

Walau bagaimanapun, harga dilihat tidak bergerak lebih cepat. Indeks harga pengguna (CPI) dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) kekal 2.5% pada bulan Julai dan bacaan bulan Ogos dijangka sedikit rendah di paras 2.4%.

Impak peningkatan pound dijangka hanya akan memberi kesan kepada bacaan inflasi yang berikutnya.

Input harga pengeluar (PPI) UK pula dijangka meningkat 0.4% pada bulan Ogos.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: