Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 01/02/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 01/02/2019

Para pelabur akan mendapatkan perkembangan terkini aktivit sektor pembuatan negara-negara Eropah bagi bulan Januari. Sepanyol akan mendahului terb

Para pelabur akan mendapatkan perkembangan terkini aktivit sektor pembuatan negara-negara Eropah bagi bulan Januari.

Sepanyol akan mendahului terbitan data PMI Pembuatan pada jam 3.15 petang, kemudian Itali (4.45 petang), Perancis (4.50 petang), Jerman (4.55 petang), Zon Eropah (5 petang) dan UK (5.30 petang).

Markit telah melaporkan penurunan aktiviti pembuatan yang signifikan dengan Itali dan Jerman kedua-duanya menunjukkan pengucupan apabila bacaan indeks jatuh di bawah 50 mata.

Bacaan akhir yang akan dikeluarkan pada hari ini akan mengesahkan data awal yang telah dikeluarkan pada 24 Januari yang lalu dan Sepanyol dan UK dijangka menerbitkan bacaan yang lebih rendah berbanding sebelumnya.

Zon Eropah pada jam 6 petang akan mengeluarkan data awal inflasi harga pengguna (CPI) bagi bulan Januari yang mana dijangka susut daripada 1.6% kepada 1.4% (YoY), manakala CPI Teras pula diramalkan kekal dengan peningkatan 1.0%

Kemudian pada jam 9.30 malam, selepas keputusan mesyuarat dasar Fed, acara kedua terbesar yang dinantikan oleh pasaran pada minggu ini iaitu laporan pasaran pekerjaan Amerika Syarikat.

Pada bulan Disember yang lalu, AS telah melaporkan penambahan pekerjaan yang tinggi, melonjak sebanyak 312,000 pekerjaan, sementara purata pendapatan perjam juga naik 0.4% (MoM) dan 3.2% (YoY).

Walaupun kadar pengangguran meningkat ke paras 3.9%, namun ianya disebabkan oleh kenaikan jumlah mereka yang mencari pekerjaan yang mana merupakan satu kemajuan yang positif.

Penutupan sebahagian agensi kerajaan AS yang lalu dilihat akan memberi kesan langsung kepada laporan pekerjaan pada hari ini dimana NFP dijangka hanya melaporkan penambahan sekitar 165,000 pekerjaan manakala purata pendapatan perjam naik 0.3% (MoM).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: