Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 01/06/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 01/06/2018

Laporan PMI Pembuatan EU dan PMI UK yang akan dikeluarkan pada jam 4 dan 4.30 petang mengakhiri data ekonomi zon Eropah pada minggu ini. Sektor pem

Laporan PMI Pembuatan EU dan PMI UK yang akan dikeluarkan pada jam 4 dan 4.30 petang mengakhiri data ekonomi zon Eropah pada minggu ini.

Sektor pembuatan EU bagi bulan Mei dijangka berkembang dengan stabil dengan bacaan indeks kekal pada paras 55.5. Bacaan indeks PMI pembuatan UK pula dijangka sedikit rendah daripada 53.9 ke paras 53.3, namun mengekalkan perkembangan yang positif.

Kemudian fokus pelabur akan tertumpu kepada data yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan iaitu laporan nonfarm payroll (NFP) yang dijangka akan memberi petunjuk kepada dasar kewangan di masa hadapan berikutan jumlah pekerjaan yang maximum adalah salah satu objektif utama Federal Reserve.

Berdasarkan analisis NFP, 189,000 pekerjaan dijangka akan ditambah ke dalam ekonomi pada bulan Mei dengan kadar pengangguran kekal di paras 3.9%

Sementara itu, kadar pertumbuhan purata pendapatan perjam bagi bulan Mei djangka naik daripada 0.1% kepada 0.2%.

Menurut laporan beige book Fed pada hari Rabu yang lalu, pasaran buruh masih kukuh dengan pertumbuhan gaji yang sederhana.

Data NFP pada hari ini dilihat akan menentukan hala tuju pergerakan dollar, bon 2-tahun AS dan saham AS untuk tempoh masa terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: