Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 01/10/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 01/10/2018

Hari Isnin yang juga merupakan hari pertama bagi bulan Oktober akan disibukkan dengan beberapa data ekonomi utama yang mula diterbitkan pada jam 2 pet

Hari Isnin yang juga merupakan hari pertama bagi bulan Oktober akan disibukkan dengan beberapa data ekonomi utama yang mula diterbitkan pada jam 2 petang.

Pengguna Jerman sebagai pemilik ekonomi terbesar Eropah telah mengecewakan pasaran apabila kadar inflasi jualan runcit pada bulan Julai menyusut sebanyak -0.4%. Angka dijangka pulih pada bulan Ogos dengan bacaan meningkat 0.4%.

Aktiviti sektor pembuatan negara-negara Eropah seperti Itali, Perancis dan Jerman bagi bulan September yang diukur melalui PMI dijangka menunjukkan perkembangan yang stabil.

Namun di Sepanyol, aktiviti dilihat bergerak lebih perlahan dengan bacaan indeks susut daripada 53.0 kepada 52.6 mata.

Perkara yang sama dijangka berlaku di UK dimana bacaan indeks PMI sektor pembuatan pada bulan September diramalkan jatuh daripada 52.8 kepada 52.5 mata.

Kemudian pada jam 5 petang, fokus pasaran beralih kepada data pengangguran Zon Eropah bagi bulan Ogos. Kadar pengangguran dijangka kekal di paras 8.2%

Pada sesi pasaran AS, data PMI Pembuatan ISM menjadi tumpuan. Angka yang akan dikeluarkan pada jam 10 malam ini bukan sahaja mengukur perkembangan sektor yang berkaitan, malah turut menjadi indikator atau petunjuk kepada laporan NFP dan inflasi yang akan diterbitkan pada minggu ini.

Pada bulan Ogos yang lalu bacaan telah meningkat ke paras 61.3 mata. Penurunan kecil dijangka berlaku pada bulan September dengan bacaan susut ke paras 60.1 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: