Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 02/01/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 02/01/2019

Pelabur-pelabur utama pada hari Rabu telah kembali ke dalam pasaran bagi memulakan aktiviti perdagangan mereka buat pertama kali bagi tahun 2019 selep

Pelabur-pelabur utama pada hari Rabu telah kembali ke dalam pasaran bagi memulakan aktiviti perdagangan mereka buat pertama kali bagi tahun 2019 selepas bercuti sempenan sambutan Tahun Baru.

Data penting yang pertama akan ditempuh adalah laporan PMI bulan Disember oleh IHS Markit bagi sektor pembuatan di negara-negara Eropah.

Bacaan akan mula diterbitkan di Sepanyol (4.15 petang), kemudian di Itali (4.45 petang), Perancis (4.50 petang), Jerman (4.55 petang) dan Zon Eropah (5 petang).

Aktiviti sektor pembuatan di Sepanyol, Jerman dan Zon Eropah walaupun semakin perlahan, namun dijangka mengekalkan perkembangan yang baik dengan bacaan kekal di atas 50 mata.

Berbeza dengan Perancis dan Itali dimana sektor pembuatan mereka berada di paras pengucupan dan Itali terus merekodkan kemerosotan yang teruk dengan bacaan semakin menurun tiga bulan berturut-turut.

Kemudian pada jam 5.30 petang, IHS Markit akan menerbitkan bacaan PMI Pembuatan di UK bagi bulan Disember dengan jangkaan angka indeks berada di paras 52.6, terus menunjukkan perkembangan yang positif.

Dan yang terakhir adalah data PMI Pembuatan di AS bagi bulan Disember. Aktiviti sektor pembuatan di Amerika bergerak lebih peralahan pada bulan November lalu dan bacaan awal menunjukkan angka tersebut semakin merosot ke paras 53.9 mata.

Bacaan akhir yang akan dikeluarkan pada jam 10.45 malam akan mengesahkan data awal yang telah dikeluarkan pada 14 Disember lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: