Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 03/06/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 03/06/2019

Caixin pada hari Isnin akan mengemas kini hasil tinjauan mereka terhadap perkembangan aktiviti sektor pembuatan negara ekonomi kedua terbesar di duni

Caixin pada hari Isnin akan mengemas kini hasil tinjauan mereka terhadap perkembangan aktiviti sektor pembuatan negara ekonomi kedua terbesar di dunia, China yang sedang berhadapan tekanan daripada AS.

Angka PMI Caixin kebiasannya akan memberi impak secara tidak langsung kepada negara rakan dagangan China disamping membentuk sentimen pasaran secara menyeluruh.

Bacaan yang akan diterbitkan pada jam 9.45 pagi dijangka menurun kepada 50.0 mata pada bulan Mei, berpotensi tinggi untuk mengejutkan pasaran jika bacaan jatuh lebih rendah yang 50 mata, angka yang menjadi pemisah antara pengucupan dan perkembangan.

Benua Eropah juga akan mengeluarkan bacaan indeks PMI Pembuatan bagi bulan Mei bermula di Sepanyol (3.15 petang), Itali (3.45 petang), Perancis (3.50 petang), Jerman (3.55 petang) dan Zon Eropah (4 petang).

Sepanyol dan Perancis dijangka mengekalkan perkembangan yang kecil, sementara aktiviti pembuatan di Itali, Jerman dan Zon Eropah dijangka terus mengucup.

Tinjauan IHS Markit pula menunjukkan PMI Pembuatan UK masih mengisyaratkan perkembangan walaupun semakin perlahan sejak beberapa bulan yang lalu. Bacaan PMI dijangka susut daripada 53.1 mata kepada 52 mata pada bulan Mei.

AS pula akan mengeluarkan laporan PMI Pembuatan bulan Mei hasil tinjauan ISM pada jam 10 malam.

Pada bulan April lalu, bacaan indeks menurun lebih lebih rendah daripada jangkaan dan bacaan pada bulan Mei dilihat akan terkesan dengan isu perang perdagangan yang kembali tegang pada awal bulan tersebut.

Angka PMI ini turut dijadikan sebagai pemberi isyarat pertama menjelang laporan NFP minggu ini, dengan jangkaan meningkat sekitar 53 mata pada bulan Mei lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: