Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 03/12/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 03/12/2018

Perkembangan sektor pembuatan bagi bulan Novmber menjadi data utama yang akan dikemas kini sepanjang hari ini. Bermula pada jam 4.15 petang, para p

Perkembangan sektor pembuatan bagi bulan Novmber menjadi data utama yang akan dikemas kini sepanjang hari ini.

Bermula pada jam 4.15 petang, para pelabur akan mendapatkan bacaan PMI Pembuatan bagi negara Sepanyol, kemudian Itali (4.45 petang), Perancis (4.50 petang), Jerman (4.55 petang) dan Zon Eropah (5.00 petang).

Secara keseluruhan, aktiviti pembuatan di Perancis, Jerman dan Zon Eropah dilihat akan terus berkembang dengan stabil.

Manakala di Sepanyol, bacaan indeks dijangka turun daripada 51.8 kepada 51.5 mata.

Aktiviti pembuatan di Itali telah mengalami pengucupan apabila bacaan indeks pada bulan Oktober lalu jatuh di bawah 50 mata buat pertama kali sejak tahun 2016.

Kini di bulan November, sektor pembuatan Itali dijangka terus mengalami pengucupan dengan bacaan indeks susut menghampiri paras terendah Disember 2015 sekitar 48.9 mata.

Kemudian pada jam 5.30 petang, perkembangan sektor pembuatan di UK menjadi perhatian.

Sektor pembuatan di UK berorientasikan eksport. Walaupun dengan nilai pound yang lemah, sektor ini masih tidak dapat berkembang seperti yang dijangkaan.

Namun begitu, bacaan PMI bagi bulan November dijangka meningkat daripada 51.1 mata kepada 51.6 mata.

Di Amerika Syarikat pula, PMI Pembuatan hasil tinjauan ISM menjadi tumpuan utama.

Selain daripada menjadi pengukur kepada jangkaan perkembangan sektor di masa hadapan, angka yang akan diterbitkan pada jam 11 malam turut  memberi petunjuk kepada laporan NFP minggu ini.

Selepas jatuh daripada paras tertinggi 61.3 mata pada bulan September lalu, bacaan PMI Pembuatan ISM dijangka mengekalkan penurunan tiga bulan berturut-turut ke paras 57.5 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: