Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 04/06/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 04/06/2018

Pemulihan sektor buruh di Sepanyol sebagai pemilik ekonomi keempat terbesar di Eropah telah terhenti apabila kadar pengangguran mula meningkat. Ang

Pemulihan sektor buruh di Sepanyol sebagai pemilik ekonomi keempat terbesar di Eropah telah terhenti apabila kadar pengangguran mula meningkat.

Angka perubahan jumlah pengangguran pada bulan April yang lalu sedikit mengecewakan apabila hanya 86,700 orang berjaya mendapat pekerjaan, lebih rendah berbanding jangkaan 100,200 orang.

Namun pada bulan Mei angka pengagguran di Sepanyol dijangka jatuh lebih rendah kepada -105,700 berikutan musim pelancongan semakin hampir.

Kemudian pasaran akan memperlihatkan bacaan indeks PMI kedua di dalam sektor pembuatan UK yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang.

Sektor ini dijangka terus berkembang pada kadar yang sederhana dengan jangkaan indeks bulan Mei berada di paras 52 mata, turun 0.5 mata berbanding laporan bulan yang sebelumnya.

Pada sesi NY pula, tempahan barang perkilangan AS bagi bulan April dijangka susut -0.5% daripada 1.6% dalam unjuran bulan ke bulan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain masih stabil di paras 94.16, menutup semua kerugian yang dihadapi sepanjang minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: