Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 05/11/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 05/11/2018

Pada hari Isnin, bermula jam 4 petang, fokus pertama pasaran akan tertumpu kepada perkembangan pasaran buruh negara ekonomi keempat terbesar di Eropah

Pada hari Isnin, bermula jam 4 petang, fokus pertama pasaran akan tertumpu kepada perkembangan pasaran buruh negara ekonomi keempat terbesar di Eropah, Sepanyol.

Sektor pekerjaan Sepanyol menunjukkan perkembangan yang baik, namun kadar pengangguran masih tinggi iaitu di atas 14%.

Perubahan jumlah pengangguran sentiasa menjadi perhatian dan angka pengangguran telah meningkat sebanyak 20,400 pada bulan September.

Peningkatan dijangka berlaku pada bulan Oktober berikutan semakin sedikit pelancong melawat negara selatan Eropah pada bulan yang lalu.

Kemudian pada jam 5.30 petang, tumpuan beralih kepada perkembangan sektor perkhidmatan di UK.

Laporan PMI yang akan diterbitkan oleh Markit menunjukkan pertumbuhan sektor terbesar UK telah berkembang pesat pada bulan September dengan bacaan sekitar 53.9 mata.

Namun dengan ketidaktentuan Brexit yang semakin meningkat, bacaan bagi bulan Oktober dijangka jatuh ke paras 53.4 mata.

Di AS, data PMI Perkhidmatan ISM yang kebiasaannya dikeluarkan sebelum NFP kini akan dikeluarkan selepas daripada laporan tersebut.

Oleh itu, bacaan yang diterbitkan pada hari ini akan berdiri sendiri dan tidak memberi sebarang petunjuk kepada mana-mana terbitan laporan yang lain.

Pada bulan September, hasil tinjuan ISM menunjukkan sektor perkhidmatan berkembang pesat dengan indeks meningkat ke paras 61.6 mata.

Angka tersebut dijangka sedikit menurun pada bulan Oktober kepada 59.3 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: