Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 07/11/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 07/11/2018

Data pengeluaran industri Jerman merupakan laporan pertama yang akan diberi perhatian pada hari Rabu. Jerman merupakan pemandu utama kepada ekonomi

Data pengeluaran industri Jerman merupakan laporan pertama yang akan diberi perhatian pada hari Rabu.

Jerman merupakan pemandu utama kepada ekonomi Eropah, namun pengeluaran industri mengalami kesukaran untuk keluar daripada zon negatif, mencatat penurunan -0.3% pada bulan Ogos.

Selepas mencatat kemerosotan selama tiga bulan berturut-turut, pengeluaran dijangka pulih pada bulan September, naik 0.1%

Kemudian pada jam 4.30 petang, pasaran akan mendapatkan bacaan indeks harga rumah Halifax Bank Scotland bagi bulan Oktober.

Data yang diterbitkan oleh Halifax mempunyai ketepatan yang lebih tinggi.

Selepas menurunan -1.4% pada bulan September lalu, kadar pertumbuhan harga (MoM) dijangka naik 0.3% pada bulan Oktober.

Sementara di dalam unjuran tahun ke tahun (YoY), indeks harga rumah dijangka susut daripada 2.5% kepada 1.2%

Pada jam 6 petang, fokus pasaran beralih kepada data jualan runcit Zon Eropah.

Kadar perbelanjaan pengguna Zon Eropah pada bulan Ogos yang lalu susut sekitar -0.2%. Kini pada bulan September, jualan dijangka meningkat sekitar 0.1%

Di AS, seperti yang telah diketahui umum, keputusan undian pilihan raya pertengahan penggal akan diumumkan pada hari ini bermula daripada timur Amerika sehingga Hawaii.

Pergerakan pasaran kewangan dijangka mengalami volatiliti yang tinggi sepanjang tempoh keputusan dikeluarkan (sesi Asia) dan gambaran pergerakan yang lebih jelas mungkin dapat dilihat pada sesi dagangan Eropah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: