Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 10/10/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 10/10/2019

Bermula jam 2 petang, pasaran akan mengemas kini data imbangan perdagangan Jerman bagi bulan Ogos yang menjadi salah satu punca pendapatan terbesar k

Bermula jam 2 petang, pasaran akan mengemas kini data imbangan perdagangan Jerman bagi bulan Ogos yang menjadi salah satu punca pendapatan terbesar kepada blok Eropah.

Jerman terus mengekalkan trend perkembangan yang stabil dengan peningkatan 20.2 billion EUR pada bulan Julai yang lalu, melebihi ramalan penganalisis, dan dijangka melaporkan lebihan sekitar 19.4 billion EUR pada bulan Ogos.

Kemudian pada jam 4.30 petang, para pelabur akan mendapatkan data GDP UK yang menjadi indikator bulanan penting untuk mengetahui kedudukan semasa tahap ekonomi sesebuah negara.

UK telah melaporkan peningkatan GDP yang melebih jangkaan pada bulan Julai yang lalu sekitar 0.3%, namun dijangka mendatar tanpa perubahan pada bulan Ogos.

Pada waktu yang sama, kadar pengeluaran sektor pembuatan UK bagi bulan Ogos akan diterbitkan oleh Jabatan Statitisk Negara dan dijangka memaparkan peningkatan kecil sekitar 0.1%, lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Di AS, tekanan harga mula menunjukkan peningkatan sejak bulan Mei yang lalu dengan bacaan indeks CPI meningkat secara sederhana sekitar 0.1% pada bulan Ogos yang lalu.

Sementara CPI Teras yang mengecualikan harga makananan dan tenaga pula naik 0.3%, sekali gus menolak bacaan tahunan ke paras 2.4%.

Data bagi bulan September yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam menjadi laporan yang kritikal dalam menentukan keputusan dasar Fed yang seterusnya.

Jika inflasi teras bergerak lebih pantas, kebimbangan terhadap ‘overheating’ ekonomi berkemungkinan akan melemahkan, malah berpotensi menghentikan spekulasi ‘rate cut’ Fed yang lebih agresif pada tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: