1) Inflasi UK Bulan Mei (4.30 petang) Bank Pusat England (BoE) dijangka hanya akan menaikkan kadar faedah pada bulan Ogos jika kadar inflasi me
1) Inflasi UK Bulan Mei (4.30 petang)
Bank Pusat England (BoE) dijangka hanya akan menaikkan kadar faedah pada bulan Ogos jika kadar inflasi meningkat.
Selepas bergerak lebih perlahan pada bulan April lalu, kadar inflasi UK yang diukur melalui CPI bagi bulan Mei dijangka kekal di paras 2.4%
Berbeza dengan data input harga pengeluar (PPI) bagi bulan Mei dimana pasaran menjangkakan peningkatan daripada 0.4% kepada 1.8%
2) Pengeluaran Industri EU Bulan April (5.00 petang)
Kesemua data pengeluaran industri negara utama Eropah seperti Jerman dan Perancis telahpun dikeluarkan. Namun ukuran pada setiap negara di bawah kesatuan Eropah (EU) dilihat sentiasa tidak selari dengan ramalan.
Selepas naik 0.5% pada bulan Mac, pengeluaran dijangka susut -0.5% di bulan April.
3) Inflasi Pengeluaran AS (8.30 malam)
Indeks Harga Pengeluaran (PPI) tidaklah sepenting laporan CPI, namun tetap menjadi rujukan terakhir sebelum Fed mengumumkan keputusan dasar pada awal pagi esok.
Oleh itu, sebarang perubahan diluar jangkaan dilihat dapat memberi kesan langsung kepada keputusan ahli FOMC disaat-saat akhir.
Data PPI pada bulan Mei dijangka meningkat daripada 0.1% kepada 0.3%, manakala PPI teras diramalkan kekal pada paras yang sama 0.2%.
4) Keputusan Dasar Federal Reserve
Kadar faedah terkini Fed yang dijangka naik kepada 2.00% akan diumumkan pada jam 2.00 pagi (Khamis).
Kemudian para pelabur akan mengikuti kenyataan sidang media yang akan dikeluarkan 30 minit selepas keputusan dibuat. Persoalan yang sering menjadi perdebatan adalah, apakah bank pusat akan mengubah dot-plot rate hike mereka pada tahun ini?
Jangkaan semasa pasaran adalah dot-plot tidak akan berubah dengan baki satu lagi rate hike yang dilihat akan diumumkan pada bulan Disember.
Sekiranya baki jumlah rate hike berubah kepada dua kali disamping nada yang lebih hawkish dikeluarkan dalam kenyataan FOMC, kedudukan greenback dijangka akan mengukuh untuk satu tempoh masa yang lebih lama
COMMENTS