Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 15/01/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 15/01/2019

1) Imbangan Perdagangan & Ulasan Draghi Bermula jam 6 petang, Zon Eropah akan menerbitkan laporan imbangan perdagangan bagi bulan November.

1) Imbangan Perdagangan & Ulasan Draghi

Bermula jam 6 petang, Zon Eropah akan menerbitkan laporan imbangan perdagangan bagi bulan November.

Lebihan dagangan telah menurun secara mendadak pada bulan Ogos yang lalu dan angka pada bulan November dijangka berada sekitar paras €13.7 billion

Kemudian pada jam 11 malam, Presiden ECB Mario Darghi akan membentangkan laporan tahunan di dalam parlimen Eropah di Strasbourg.

Beliau dijangka akan menggunakan peluang tersebut untuk berkongsi pandangan berkenaan ekonomi dengan berlatar belakangkan potensi berlakunya kemelesetan di Jerman dan Itali yang semakin meningkat.

Selain itu, para pelabur juga akan mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan pandangan bank pusat terhadap inflasi, pekerjaan dan ekonomi di peringkat global.

2) Undian Brexit Di Parlimen UK

Fokus utama pada hari ini adalah undian Brexit di parlimen UK selepas PM May berjaya mendapatkan perjanjian bersama EU berkenaan syarat-syarat peralihan bagi 29 Mac hadapan.

Tiga senario dijangka akan berlaku pada undian kali ini. Pertama adalah UK akan berunding semula dengan EU bagi mengubah sedikit syarat-syarat yang tidak dipersetujui sekiranya undian pada hari ini gagal, kemudian kembali dengan syarat yang baru untuk undian kali kedua.

Senario kedua adalah parlimen akan meluluskan syarat perjanjian Brexit yang dibentangkan, sekali gus akan mengukuhkan kedudukan pound.

Senario yang ketiga, tiadanya peluang untuk mengadakan undian kali kedua. Jika hal ini berlaku, potensi berlakunya peralihan tanpa sebarang perjanjian semakin tinggi, sekali gus akan menghumban GBP ke paras yang lebih rendah.

Selain itu, senario ketiga diatas turut meningkatkan harapan untuk melihat referendum yang menjadi reversal kepada Brexit dipertandingkan oleh Jeremy Corbyn, calon PM daripada parti buruh pada pilihan raya akan datang,

Kesimpulannya para pelabur perlu bersedia berhadapan dengan volatiliti pergerakan yang tinggi menjelang undian yang bersejarah pada hari ini.

3) Harga Inflasi Pengeluar (PPI) AS

Harga kilang akan memberi kesan kepada harga pengguna dan PPI pada bulan November hanya naik sebanyak 0.1% berikutan penyustan harga minyak, sementara PPI Teras pula naik 0.3%

Pada bulan Disember, bacaan PPI dijangka jatuh -0.1% manakala PPI Teras stabil dengan peningkatan sekitar 0.2%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: