Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 15/05/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 15/05/2018

Hari Selasa akan disibukkan dengan beberapa laporan ekonomi utama yang akan dikeluarkan pada sesi dagangan Eropah dan Amerika. Bermula jam 2.00 pet

Hari Selasa akan disibukkan dengan beberapa laporan ekonomi utama yang akan dikeluarkan pada sesi dagangan Eropah dan Amerika.

Bermula jam 2.00 petang, Jerman akan mengeluarkan bacaan awal pertumbuhan KDNK bagi suku tahun pertama (Q1) dengan jangkaan pertumbuhan bergerak lebih perlahan sekitar 0.4% berbanding 0.6% pada Q4 2017.

Laporan tersebut juga selari dengan bacaan awal KDNK Q1 Zon Eropah yang dijangka turun ke paras 0.4%.

Laporan indeks sentimen ekonomi ZEW bagi bulan Mei di Jerman dijangka kekal rendah sekitarparas -8.0, manakala di Zon Eropah pula dilihat meningkat kepada 2.0 mata.

Dalam keadaan BoE dilihat tidak akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh masa terdekat, sebarang laporan yang mengecewakan terutamanya pendapatan berpotensi menolak jangkaan rate hike kepada tempoh yang lebih lama.

Pertumbuhan pendapatan UK dilihat bergerak lebih perlahan pada bulan Mac turun 2.7% berbanding 2.8% pada bulan Februari. Tuntutan insurans pengangguran pula dijangka naik 13.3 ribu pada bulan April manakala kadar pengangguran diramalkan kekal di paras terendah 4.2%

Pada jam 5 petang, pasaran akan beralih kepada perbicaraan laporan inflasi UK. Gabenor BoE, Mark Carney dan ahli MPC akan hadir ke dalam parlimen bagi membincangkan berkenaan laporan terkini inflasi yang telah diterbitkan.

Carney dijangka akan dihujani soalan-soalan mengenai Brexit dan pandangan beliau terhadap unjuran inflasi dan kadar faedah. Laporan pekerjaan yang baru dilihat akan memberi asas baru kepada kenyataan yang bakal dikeluarkan.

Kemudian fokus pelabur akan beralih kepada laporan jualan runcit AS. Pengguna adalah kunci utama dalam ekonomi AS dan laporan bulan April akan membentuk jangkaan pertumbuhan ekonomi bagi suku tahun kedua 2018.

Jualan Runcit bagi bulan April dilihat naik lebih rendah berbanding Mac kepada 0.4% manakala jualan runcit teras pula diramalkan meningkat lebih tinggi sekitar paras 0.5%

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: