Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 16/04/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 16/04/2019

Sementara laporan pendapatan syarikat-syarikat menjadi tajuk utama, para pelabur tetap tidak mengenepikan beberapa indikator ekonomi penting yang per

Sementara laporan pendapatan syarikat-syarikat menjadi tajuk utama, para pelabur tetap tidak mengenepikan beberapa indikator ekonomi penting yang perlu diperhatikan pada minggu ini.

Data pekerjaan UK pada jam 4.30 petang akan mendahului barisan laporan utama bagi kalendar ekonomi pada hari Selasa.

Pendapatan tumbuh dengan stabil, meningkat 3 bulan berturut-turut kepada 3.4% dan pada bulan Februari, kadar pertumbuhan pendapatan (purata pendapatan + bonus) dijangka naik ke paras 3.5%

Tuntutan insurans pengangguran UK dijangka naik sekitar 20,000 permohonan pada bulan Mac sementara kadar pengangguran di bulan Februari dijangka kekal pada paras 3.9%

Kemudian pada jam 5 petang, ZEW akan mengeluarkan hasil tinjauan mereka terhadap sentimen ekonomi di Jerman.

Para pelabur pesimis dengan outlook ekonomi Jerman dengan bacaan indeks berada di paras yang negatif pada bulan Mac yang lalu.

Kini sentimen dijangka sedikit pulih dengan bacaan kembali naik ke zon positif sekitar 0.8 mata.

Di AS, pasaran akan mengemas kini data pengeluaran industri dalam unjuran tahun ke tahun, manakala bacaan dalam unjuran bulan ke bulan dijangka meningkat daripada 0.1% kepada 0.2% pada bulan Mac.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: