Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 17/07/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 17/07/2019

Indeks Harga Pengguna (CPI) UK menjadi data utama pertama yang akan diperhatikan pada hari Rabu pada jam 4.30 petang. Bacaan CPI bulan Mei stabil

Indeks Harga Pengguna (CPI) UK menjadi data utama pertama yang akan diperhatikan pada hari Rabu pada jam 4.30 petang.

Bacaan CPI bulan Mei stabil pada paras 2.0%, menepati sasaran BoE dan peningkatan yang sama dijangka kekal pada bulan Jun.

Tanpa penyelesaian daripada isu Brexit, perubahan pada angka di atas tidak akan mengubah pendirian BoE untuk mula mengubah dasar mereka.

Kemudian pada jam 5 petang, Zon eropah akan mengeluarkan bacaan akhir bagi indeks CPI bulan Jun, mengesahkan peningkatan 1.2% (YoY) pada bulan Jun.

Sementara CPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga dijangka mencatat peningkatan 1.1% (YoY) pada bulan lepas.

Perkembangan sektor perumahan AS menjadi agenda utama ekonomi yang akan dikemas kini pada hari Rabu.

Jabatan Perdagangan akan mengeluarkan data permit pembinaan dan rumah yang baru (Housing Starts) dibina pada jam 8.30 malam.

Ahli ekonomi menjangkakan kadar pembinaan rumah baru jatuh 1.261 juta unit dalam unjuran tahun ke tahun pada bulan lalu.

Permit pembinaan yang menjadi indikator kepada permintaan di masa hadapan pula dijangka mencatat peningkatan kecil kepada 1.3 juta unit.

Jika angka yang dikeluarkan lebih atau kurang daripada jangkaan, para pelabur akan memerhatikan angka perumahan bagi ‘multi-family’.

Hal ini kerana volatiliti pada data permit dan pembinaan baru terkesan daripada pembinaan lima unit bangunan atau lebih.

Manakala peningkatan pada rumah ‘single-family’ memberi kesan yang lebih besar kepada ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: