Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 18/07/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 18/07/2018

1) Laporan Inflasi UK Indeks Harga Pengguna (CPI) UK telah jatuh sehingga merubah keputusan rate hike pada bulan Mei. Indeks CPI bulan Mei dalam

1) Laporan Inflasi UK

Indeks Harga Pengguna (CPI) UK telah jatuh sehingga merubah keputusan rate hike pada bulan Mei.

Indeks CPI bulan Mei dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) susut ke paras 2.4%, dan kini bacaan bagi bulan Jun dijangka naik ke paras 2.6%

2) Bacaan Akhir CPI EU

Menerusi laporan awal CPI bagi bulan Jun, jurang perbezaan antara inflasi utama dan inflasi teras semakin meningkat.

CPI berada tepat pada sasaran 2% ECB manakala CPI Teras masih terperangkap pada paras 1%.

Lonjakan harga minyak menjadi faktor kepada peningkatan harga yang cepat. Bacaan akhir pada hari ini akan mengesahkan angka awal yang telah dikeluarkan pada 29 Jun yang lalu.

3) Data Perumahan AS

Kadar kelulusan permit pembinaan AS (YoY) pada bulan Mei lalu berada di paras 1.30 juta unit dan dijangka menaik kepada 1.33 juta pada bulan Jun.

Housing start pula menunjukkan perubahan yang berbeza dimana unit rumah yang baru dibina jatuh daripada 1.350 juta unit kepada 1.320 juta unit.

Pergerakan yang sama pada kedua-dua bacaan (Permit Pembinaan dan Housing Start) akan memberi kesan kepada pasaran. Namun kebiasaanya, kedua-dua laporan ini saling mengimbangi satu sama lain.

4) Penampilan Kedua Jerome Powell

Pada hari kedua di Captiol Hill, pengerusi Fed Jerome Powell sekali lagi dijadualkan untuk memberi keterangan dihadapan jawatankuasa kongres yang berbeza. Ulasan beliau dilihat akan terus memberi kesan langsung kepada pergerakan dollar dan jangkaan keputusan dasar di masa hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: