Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 20/11/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 20/11/2018

Bermula jam 3 petang, para pelabur akan mendapatkan perkembangan harga di peringkat pengeluar (kilang) Jerman bagi bulan Oktober. Angka PPI meningk

Bermula jam 3 petang, para pelabur akan mendapatkan perkembangan harga di peringkat pengeluar (kilang) Jerman bagi bulan Oktober.

Angka PPI meningkat 0.5% pada bulan September dan dijangka mengekalkan peningkatan sederhana, naik 0.3% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM).

Di UK, pada jam 6 petang, Gabenor Bank Pusat England (BoE) Mark Carney dan beberapa ahli MPC yang lain akan bersidang di parlimen bagi mengulas perkembangan ekonomi terkini.

Mereka berpeluang untuk membentuk semula outlook kadar faedah yang telah jatuh akibat ketidaktentuan politik yang sedang melanda pentadbiran May.

Selain itu, BoE juga dijangka akan mengulas angka-angka data ekonomi yang terkini dimana tekanan inflasi sedikit lemah.

Namun begitu peningkatan pendapatan menunjukkan unjuran inflasi masih mempunyai kekuatan untuk kekal di atas sasaran bank pusat di masa hadapan.

Brexit menjadi isu paling kritikal pada perbicaraan kali ini dan mereka pasti akan disoal berkenaan impak perjanjian ke atas ekonomi.

Pasaran kecewan dengan perkembangan pesanan industri apabila angka tinjauan CBI melaporkan penurunan -6, lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Oktober lalu.

Pesanan dijangka terus menyusut pada bulan November dengan jumlah pesanan dijangka jatuh -7

Di sesi pasaran Amerika, para pelabur akan mendapatkan angka pembangunan yang telah diluluskan pada bulan Oktober.

Permit pembangunan dijangka susut -0.8% menjadikan jumlah yang diluluskan jatuh daripada 1.270 juta kepada 1.267 juta.

Berbeza dengan Housing Start dimana unit rumah yang baru dibina melonjak daripada 1.201 juta kepada 1.225 juta (MoM) pada bulan Oktober dengan kadar meningkat 1.6%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: