Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 25/01/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 25/01/2019

Ifo sebagai badan pemikir nombor satu di Jerman akan menerbitkan angka indeks bagi iklim perniagaan di sana. Bacaan telah menyusut selama empat bu

Ifo sebagai badan pemikir nombor satu di Jerman akan menerbitkan angka indeks bagi iklim perniagaan di sana.

Bacaan telah menyusut selama empat bulan berturut-turut dan lebih rendah berbanding jangkaan sehingga 101.00 mata.

Trend negatif ini dijangka berlanjut sehingga bulan Januari dengan bacaan indeks jatuh ke paras 100.7 mata.

Kemudian pada jam 5.30 petang, data Kelulusan Gadai Janji Kasar yang juga dikenali sebagai ‘High Street Banks’ akan dikeluarkan.

Data ini mewakili 60% daripada keseluruhan gadai janji di UK dan diterbitkan sebelum angka rasmi.

Jumlah gadai janji yang diluluskan pada bulan Januari dijangka berada pada paras 38,900, lebih rendah berbanding jumlah 39,400 pada bulan sebelumnya.

Di AS, para pelabur akan mendapatkan laporan terkini pesanan barangan tahan lama bagi bulan Disember pada jam 9.30 malam.

Kadar pesanan bervolatiliti tinggi dan dijangka meningkat pada bulan Disember sebanyak 1.8%.

Sementara Pesanan Teras yang mengecualikan barangan pengangkutan juga dilihat naik sekitar 0.3%

Pada jam 11 malam pula, data jualan rumah baru AS bagi bulan November akan diterbitkan dengan jumlah jualan dijangka meningkat daripada 544,000 unit kepada 560,000 unit dengan peningkatan kadar jualan sebanyak 2.9%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: