Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 19/12/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 19/12/2018

Hari Rabu menjadi hari terpenting dan ditunggu-tunggu oleh pasaran. Bermula jam 3 petang, Jerman akan menerbitkan inflasi harga di peringkat pengeluar

Hari Rabu menjadi hari terpenting dan ditunggu-tunggu oleh pasaran. Bermula jam 3 petang, Jerman akan menerbitkan inflasi harga di peringkat pengeluar (PPI).

Indeks PPI Jerman bagi bulan November dijangka susut -0.1% dan angka ini akan membentuk jangkaan harga di peringkat pengguna melalui indeks CPI.

Di UK, para pelabur akan mendapatkan laporan inflasi harga pengguna (CPI) bagi bulan November.

Inflasi telah stabil sejak beberapa bulan yang lalu, berdiri di paras 2.4% (YoY) pada bulan Oktober lalu.

BoE dijangka menaikkan kadar faedah bagi mengurangkan inflasi, terutamanya apabila pendapatan telah meningkat.

Namun begitu, ketidaktentuan Brexit telah menghalang mereka daripada mengumumkan keputusan tersebut.

Bacaan CPI UK pada bulan November dijangka jatuh ke paras 2.3% (YoY) dan naik 0.2% (MoM).

Di Kanada, selepas inflasi CPI jatuh dua bulan berturut-turut, bacaan kembali positif pada bulan Oktober dan para pelabur akan mendapatkan angka bagi bulan NOvember pada jam 9.30 malam.

Kemudian pada jam 3 pagi (Khamis), keputusan mesyuarat FOMC akan diumumkan.

Fed dijangka menaikkan kadar faedah buat kali keempat bagi tahun 2018 sebanyak 25 mata asas.

Selain itu, ulasan Powell tentang isu pertumbuhan ekonomi global dan domestik menerusi sidang media 30 minit selepas keputusan diumumkan turut menjadi tumpuan utama.

Dotplot Fed menunjukkan 3 kali rate hike akan dilaksanakan tahun hadapan, oleh itu sebarang perubahan pada unjuran tersebut akan memberi impak yang besar kepada dollar sepanjang minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: