Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 21/12/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 21/12/2018

Iklim pengguna hasil tinjauan GfK bagi bulan Januari mendahului data utama pada hari Jumaat dengan jangakaan bacaan indeks terus menurun ke paras 10.3

Iklim pengguna hasil tinjauan GfK bagi bulan Januari mendahului data utama pada hari Jumaat dengan jangakaan bacaan indeks terus menurun ke paras 10.3 mata.

Kemudian pada jam 5.30 petang, bacaan akaun semasa di UK bagi suku tahun ketiga (Q3) akan diterbitkan.

Defisit akaun terus meningkat dan trend ini dijangka berterusan di Q3 dengan jumlah defisit naik ke paras -21.7 billion pound. Ketidaktentuan Brexit dan perang perdagangan telah menjadi faktor yang mendorong trend negatif ini.

Pada waktu yang sama, data GDP terakhir UK bagi Q3 akan mengesahkan bacaan awal yang menunjukkan kadar pertumbuhan meningkat 0.6% (QoQ).

Di AS juga akan mengeluarkan bacaan terakhir bagi pertumbuhan GDP pada jam 9.30 malam yang akan mengesahkan perkembangan ekonomi pada kadar 3.5%.

Para pelabur juga akan mendapatkan data pesanan barangan tahan lama bagi bulan November dan dijangka memberi impak kepada pergerakan dollar.

Kadar pesanan dijangka kembali positif pada bulan November, naik daripada -4.3% kepada 1.6%, manakala pesanan Teras yang naik daripada 0.2% kepada 0.3% dan angka ini akan dimasukkan ke dalam GDP Q4.

Pada jam 11 malam, data harga PCE Teras yang menjadi rujukan utama inflasi Fed akan diterbitkan.

Kadar PCE Teras pada bulan November dijangka naik daripada 1.8% kepada 1.9% (YoY), selari dengan peningkatan CPI Teras.

Bacaan dalam unjuran bulan ke bulan pula dijangka naik daripada 0.1% kepada 0.2%. Angka PCE walau bagaimanapun berkemungkinan tidak memberi impak yang besar berikutan Fed telah mengumumkan keputusan mereka pada minggu ini.

Para pelabur juga akan mendapatkan angka GDP bulanan di Kanada pada jam 9.30 malam.

Kejatuhan GDP jatuh -0.1% (MoM) pada bulan September telah menyebabkan loonie (CAD) melemah dan menjadi faktor BoC menangguhkan rate hike mereka minggu lalu.

Kadar GDP dijangka meningkat semula pada bulan Oktober ke paras 0.2%.

Data jualan runcit pula menunjukkan kemajuan yang positif pada aktiviti pengguna di bulan Oktober dengan kadar jualan meningkat daripada 0.2% kepada 0.4%.

Sementara jualan Teras yang mengecualikan barangan yang bervolatiliti dan menjadi indikator kepada perbelanjaan pengguna juga dilihat meningkat daripada 0.1% kepada 0.2% pada bulan Oktober

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: