Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 22/01/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 22/01/2019

Sementara tajuk-tajuk berkaitan Brexit terus menjadi tumpuan, perkembangan makro ekonomi tetap dilihat dapat memberi kesan langsung kepada pound.

Sementara tajuk-tajuk berkaitan Brexit terus menjadi tumpuan, perkembangan makro ekonomi tetap dilihat dapat memberi kesan langsung kepada pound.

Dalam keadaan kadar pengangguran yang rendah di paras 4.1%, fokus tertumpu kepada pertumbuhan pendapatan yang akan diterbitkan pada jam 5.30 petang.

Bulan November dijangka mengulangi lonjakan pendapatan yang sama, naik 3.3% dan tuntutan insurans pengangguran pada bulan Disember dijangka meningkat sekitar 20,000 permohonan.

Kemudian pada jam 6 petang, fokus beralih kepada data sentimen ekonomi ZEW hasil tinjauan 350 penganalisis dan institusi pelaburan di Jerman.

Kejatuhan indeks di bawah paras negatif selama 9 bulan berturut-turut menunjukkan pesimis para pelabur Jerman namun angka mula mengecil pada bulan Disember dan dijangka rendah pada bulan Januari di paras -18.4 mata.

Di Kanada, para pelabur akan mengemas kini laporan jualan pembuatan bagi bulan November.

Perang perdagangan AS-China telah memberi impak yang buruk kepada eksport dan sektor pembuatan sehingga kadar jualan jatuh dua kali dalam tempoh tiga bulan yang lepas.

Momentum tersebut dijangka terus merebak pada bulan November dengan kadar jualan jatuh sekitar -0.1%

Pada jam 11 malam, para pelabur akan mendapatkan angka jualan rumah sedia ada di Amerika pada bulan Disember. Kadar jualan dijangka menyusut -1.2% kepada 5.25 juta unit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: