Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 24/10/2018

Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 24/10/2018

Bacaan awal PMI Pembuatan dan PMI Perkhidmatan bagi bulan Oktober di Perancis pada jam 3.15 petang akan mendahului laporan utama pada hari Rabu, kemud

Bacaan awal PMI Pembuatan dan PMI Perkhidmatan bagi bulan Oktober di Perancis pada jam 3.15 petang akan mendahului laporan utama pada hari Rabu, kemudian diikuti laporan daripada Jerman (3.30 petang ) dan berakhir dengan laporan Zon Eropah pada jam 4 petang.

Secara keseluruhan, sektor pembuatan dan perkhidmatan di seluruh negara-negara Eropah bergerak lebih perlahan dengan bacaan indeks jatuh lebih rendah berbanding bulan September yang lalu.

Namun begitu, kedudukan indeks di atas 50 mata menunjukkan kedua-dua sektor ini masih berkembang dengan baik.

Pada jam 4.30 petang, pasaran akan mengikuti jumlah gadai janji perumahan yang diluluskan oleh high street banks UK.

Data ini diterbitkan sebelum angka rasmi kerajaan. Jumlah gadai janji yang diluluskan pada bulan Otkober dijangka jatuh daripada 39,400 kepada 39,000.

Di AS, para pelabur juga akan mengemas kini bacaan awal PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan bagi bulan Oktober.

PMI Pembuatan dijangka susut ke paras 55.5 mata manakala PMI Perkhidmatan diramalkan berkembang lebih cepat ke paras 54.1 mata.

Kemudian pada jam 10 malam, pasaran akan mendapatkan angka jualan rumah baru AS bagi bulan September yang dijangka naik sekitar 630,000 unit.

Pada waktu yang sama, fokus pelabur turut tertumpu kepada keputusan dasar kewangan Bank Pusat Kanada (BoC).

BoC dijangka menaikkan kadar faedah daripada 1.50% kepada 1.75%.

Jangkaan ini disokong oleh beberapa isyarat yang telah dikeluarkan oleh ahli-ahli BoC serta daripada Tinjuan Outlook Perniagaan BoC yang kukuh.

Tambahan pula, kesimpulan positif daripada perjanjian perdagangan baru telah memadamkan ketidaktentuan yang telah menyelebungi pertumbuhan ekonomi Kanada.

Sidang media oleh Gabenor BoC Stephen Poloz dan Timbalan Gabenor Carolyn Wilkins juga akan diterbitkan pada jam 11.15 malam .

Pasaran akan meneliti setiap baris ucapan bagi melihat pandangan dan nada mereka terhadap dasar kewangan di masa hadapan dan yang telah diputuskan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: