Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & JPY: 30/09/2019

Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & JPY: 30/09/2019

China pada jam 9 pagi akan menerbitkan bacaan rasmi bagi indeks PMI Pembuatan dan PMI Perkhidmatan. Sektor permbuatan telah mengucup sejak bulan M

China pada jam 9 pagi akan menerbitkan bacaan rasmi bagi indeks PMI Pembuatan dan PMI Perkhidmatan.

Sektor permbuatan telah mengucup sejak bulan Mei yang lalu dan indeks dijangka kekal di bawah 50 mata yang menjadi pemisah antara perkembangan dan pengucupan.

Berbeza dengan hasil tinjauan Caixin dimana sektor pembuatan masih mengekalkan perkembangan yang kecil dengan indeks PMI dijangka berada sekitar 50.2 mata.

Pergerakan aktiviti sektor perkhidmatan pula masih stabil, namun isu yang membimbangkan adalah apakah kemorosotan sektor pembuatan yang disebabkan oleh perang perdagangan akan turut memberi tekanan kepada perbelanjaan dan perkhidmatan di China.

Jika kedua-dua data rasmi dan Caixin jatuh di bawah 50 mata, sentimen dijangka melemah, sekali gus meningkatkan pembelian safe haven dollar, yen dan swiss franc.

Pada jam 2 petang, para pelabur akan mengemas kini data bervolatiliti tinggi iaitu Jualan Runcit Jerman.

Data ini telah mengejutkan pasaran apabila meningkat 3.5% pada bulan Jun dan kemudian merosot sekitar -2.1% pada bulan Julai, yang mana kedua-dua angka tersebut menjangkaui apa yang telah diramalkan oleh ahli ekonomi.

Aktiviti pengguna Jerman dilihat akan kembali pulih pada bulan Ogos dengan jangkaan kadar jualan meningkat sekitar 0.5%

Kemudian pada jam 3.55 petang, pasaran akan mendapatkan perkembangan terkini bagi sektor pekerjaan Jerman yang mana dijangka terus mengukuh dengan penambahan 5,000 pekerjaan pada bulan September sementara kadar pengangguran kekal di paras 5.0%

Di UK, ekonomi telah bergerak mendatar pada suku tahun kedua selepas melonjak naik pada suku tahun pertama berikutan syarikat-syarikat telah meningkatkan pembelian sebelum tarikh Brexit ditangguhkan.

Bacaan akhir yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang akan mengesahkan bahawa kadar pertumbuhan GDP UK pada Q2 telah merosot -0.2% (QoQ) serta jatuh daripada 1.4% kepada 1.2% (YoY).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: