Preview News Penting Buat EUR & USD: 04/04/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 04/04/2019

Kalendar ekonomi pada hari Khamis memaparkan tiga laporan utama yang akan diterbitkan bermula dengan data pesanan perkilangan Jerman bagi bulan Febru

Kalendar ekonomi pada hari Khamis memaparkan tiga laporan utama yang akan diterbitkan bermula dengan data pesanan perkilangan Jerman bagi bulan Februari pada jam 2 petang.

Indikator ini sejak bulan November 2018 telah menunjukkan penurunan yang signifikan tiga bulan berturut-turut, didorong oleh sektor pembuatan yang semakin lemah akibat perang perdagangan.

Pada bulan Februari, kadar pesanan dijangka kembali pulih dengan peningkatan sekitar 0.3%.

Kemudian, fokus pelabur tertumpu kepada minit mesyuarat polisi monetari ECB bagi bulan pertemuan bulan Mac yang lalu yang akan dikeluarkan pada jam 7.30 petang.

ECB sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaikkan kadar sehingga tahun 2020, sekali gus melemahkan matawang euro.

Para pelabur juga akan memerhatikan jangkaan ahli ECB tentang pertumbuhan ekonomi Zon Eropah dan sejauh manakah impak negatif yang sedang dihadapi menerusi butiran yang akan dikeluarkan.

Di AS, pada jam 8.30 malam, pasaran akan mengemas kini data tuntutan insurans pengangguran AS pada minggu lalu yang dijangka meningkat daripada 211,000 kepada 216,000 permohonan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: