Preview News Penting Buat EUR & USD: 06/09/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 06/09/2018

Pesanan Kilang Jerman merupakan laporan terawal yang akan menjadi perhatian pelabur pada hari Khamis. Walaupun data ini volatile, namun trend jangka m

Pesanan Kilang Jerman merupakan laporan terawal yang akan menjadi perhatian pelabur pada hari Khamis. Walaupun data ini volatile, namun trend jangka masa panjang adalah penting untuk lokomotif Jerman dan Zon Eropah.

Selepas menyusut -4.0% pada bulan Jun, pemulihan dijangka berlaku pada bulan Julai dengan kadar pesanan meningkat 1.6%

Kemudian, fokus pelabur beralih kepada data ADP Non-Farm Payrolls (NFP) yang akan diterbitkan pada jam 8.15 malam.

Pada bulan Julai yang lalu, ADP mengejutkan pasaran dengan melaporkan penambahan 219,000 pekerjaan swasta, satu angka yang berada di atas purata.

Kadar pengambilan pekerja swasta pada bulan Ogos walau bagaimanapun dijangka lebih perlahan dengan penambahan 188,000 pekerja.

Pada jam 10 malam, pelabur akan meneliti data PMI Perkhidmatan ISM (ISM Non-Manufacturing PMI) bagi bulan Ogos.

Berdasarkan tinjauan ISM, sektor perkhidmatan bergerak lebih perlahan berbanding sektor pembuatan pada bulan Julai yang lalu dengan bacaan indeks berada sekitar 55.7 mata.

Angka ini masih menunjukkan pertumbuhan yang baik, namun perniagaan semakin kurang optimis. Perkembangan yang lebih pesat dijangka berlaku pada bulan Ogos dengan bacaan indeks naik ke paras 57 mata.

Data yang diterbitkan pada hari ini akan dijadikan petunjuk menjelang laporan NFP pada hari Jumaat esok.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: