Preview News Penting Buat EUR & USD: 07/01/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 07/01/2019

Memasuki hari pertama bagi minggu kedua tahun 2019, para pelabur akan mendapatkan data pesanan kilang dan data jualan runcit Jerman bagi bulan Novembe

Memasuki hari pertama bagi minggu kedua tahun 2019, para pelabur akan mendapatkan data pesanan kilang dan data jualan runcit Jerman bagi bulan November dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) pada jam 3 petang.

Jerman merupakan nadi penggerak kepada ekonomi zon Eropah dan pesanan kilang pada bulan Oktober lalu telah pulih dan naik ke paras 0.3%.

Adakah momentum yang sama dapat dilihat pada bulan November? Ahli ekonomi menjangkakan akan berlaku penyusutan -0.2% pada angka pesanan.

Sejak jatuh ke paras negatif pada bulan Juali, kadar jualan runcit Jerman masih belum berjaya mengeluarkan bacaan yang selari dengan jangkaan.

Dapatkah pengguna Jerman memadamkan rekod negatif pada bulan Oktober? Kadar jualan dijangka naik daripada -0.3% kepada 0.4% pada bulan November.

Zon Eropah juga akan menerbitkan data jualan runcit bagi bulan November pada jam 6 petang.

Walaupun dikeluarkan kemudian daripada laporan Jerman dan Perancis, namun angka keseluruhan berpotensi memberi kejutan.

Selepas naik 0.3% pada bulan Oktber, angka jualan bulan November dijangka stabil pada kadar 0.2%.

Di AS, data pesanan kilang juga akan dikemas kini pada jam 11 malam.

Sektor perkilangan telah mengejutkan pasaran pada bulan Oktober lalu apabila kadar jatuh mendadak ke paras -2.1%. Pada bulan November, pesanan dijangka pulih sekitar paras 0.3%

Pada waktu yang sama, ISM akan menerbitkan hasil tinjauan PMI bagi sektor perkhidmatan Amerika Syarikat.

Sektor ini terus berkembang dengan stabil, selari dengan pengukuhan sektor pembuatan. Namun bacaan PMI dijangka sedikit menurun pada bulan Disember daripada 60.7 kepada 59.6 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: