Preview News Penting Buat EUR & USD: 09/08/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 09/08/2018

Buletin Ekonomi ECB yang akan diterbitkan pada jam 4 petang menjadi fokus utama pelabur selepas keputusan dasar bank pusat Eropah diumumkan dua minggu

Buletin Ekonomi ECB yang akan diterbitkan pada jam 4 petang menjadi fokus utama pelabur selepas keputusan dasar bank pusat Eropah diumumkan dua minggu lalu.

Laporan ini akan menjelaskan butiran-butiran penting yang gunakan dalam penilaian ahli ECB sebelum keputusan dibuat dan pasaran tertarik mencari maklumat lanjut berkenaan menerusi kenyataan tentang inflasi dan perdagangan.

Kemudian, di pasaran AS, para pelabur akan memberi tumpuan kepada dua data makro bermula dengan laporan indeks harga pengguna (PPI) bagi bulan Julai pada jam 8.30 malam yang dijangka naik 0.2% (MoM) dan 3.4% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY)

Manakala PPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga juga dijangka naik 0.2% (MoM) dan 2.8% (YoY).

Pada hari Rabu yang lalu, Presiden Fed Richmond Thomas Barkin berkata dengan kekuatan ekonomi Amerika, tindakan susulan yang perlu diambil oleh bank pusat ialah menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur ke paras yang normal.

Namun beliau tidak tahu sejauh mana kadar perlu dinaikkan untuk mencapai tahap ‘normal’ tersebut dan ianya bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.

Jelas Barkin, “Semakin tinggi prospek pertumbuhan, semakin tinggi kadar faedah”.

Selain daripada laporan PPI, para pelabur juga akan mengemas kini data tuntutan insurans pengangguran pada minggu lalu. Ahli ekonomi menjangkakan tuntutan meningkat daripada 218 ribu kepada 220 ribu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: