Preview News Penting Buat EUR & USD: 10/12/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 10/12/2019

Jabatan Statistik Nasional UK pada jam 5.30 petang hari Selasa akan mengeluarbkan laporan bulanan GDP bagi bulan Oktober serta bacaan kedua bagi suku

Jabatan Statistik Nasional UK pada jam 5.30 petang hari Selasa akan mengeluarbkan laporan bulanan GDP bagi bulan Oktober serta bacaan kedua bagi suku tahun ketiga.

Laporan bulanan kebiasannya kurang memberi impak berbanding data suku tahunan, namun laporan kali ini dijangka memberi kesan sebaliknya berikutan ianya merupakan data GDP terakhir yang akan diperoleh sebelum pilihan raya UK berlangsung pada 12 Disember.

UK berjaya keluar daripada kemelesetan pada suku tahun ketiga dengan kadar pertumbuhan meningkat 0.3%, namun memperlihatkan pengucupan -0.2% pada bulan Ogos dan -0.1% pada bulan September.

Oleh itu, bacaan yang lebih rendah berpotensi mengurangkan peluang kemenangan bagi parti Konservatif, sekali gus memberi tekanan yang baru kepada pound.

Pada waktu yang sama, pasaran akan menerima bacaan terkini bagi kadar pengeluaran sektor pembuatan UK yang mana telah jatuh tiga daripada empat bacaan yang lalu dan dijangka berada sekitar 0.1% pada bulan Oktober.

Kemudian pada jam 6 petang, fokus pasaran beralih kepada bacaan indeks sentimen ekonomi Jerman hasil tinjaun ZEW.

Sebagaimana GDP UK, EUR/USD juga cenderung mengenepikan data tinjauan di atas. Namun begitu, laporan pada kali ini sedikit berbeza kerana dikeluarkan sebelum Chritine Lagarde, Presiden ECB yang baru mengumumkan keputusan dasar pertama beliau pada hari Khamis.

Sentimen ekonomi Jerman pada bulan November masih di dalam zon negatif, namun indeks yang dikeluarkan adalah lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Pada bulan Disember, para pelabur dan ahli ekonomi Jerman dilihat lebih optimis dengan keadaan ekonomi sehingga dijangka menolak kembali bacaan indeks ke zon yang positif buat pertama kali sejak April 2019 yang lalu sekitar 1.1 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: