Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/09/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/09/2018

1) Pengeluaran Industri Eropah Data output industri Zon Eropah yang akan diterbitkan pada jam 5 petang menjadi laporan utama untuk dikemas kini ole

1) Pengeluaran Industri Eropah

Data output industri Zon Eropah yang akan diterbitkan pada jam 5 petang menjadi laporan utama untuk dikemas kini oleh pelabur pada hari ini. Ahli ekonomi menjangkakan penurunan -0.5% output pada bulan Julai.

Namun begitu, selepas menyusut -0.7% pada bulan Jun yang lalu, potensi untuk pengeluaran jatuh lebih rendah pada bulan Julai tidak boleh diketepikan.

2) Indeks PPI AS

Di Amerika Syarikat, perkembangan ekonomi terus menjadi fokus berikutan laporan pendapatan syarikat yang kurang produktif. Angka terkini inflasi jualan borong yang diukur melalui indeks PPI akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam.

Indeks Harga Pengeluar (PPI) dijangka naik 0.2% (MoM) pada bulan Ogos dan 3.2% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Manakala PPI Teras yang mana mengecualikan volatiliti harga makanan dan tenaga pula dijangka meningkat 0.2% (MoM) dan 2.7% (YoY)

PPI adalah indikator utama berikutan peningkatan harga pada peringkat pembekal kemudian akan menurun sehingga peringkat peruncit.

Data PPI yang lebih baik akan menguatkan lagi jangkaan Fed untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Disember dan mengesahkan jangkaan rate hike untuk diumumkan pada akhir bulan September nanti.

3) Federal Reserve

Pasaran juga akan mendapat lebih banyak mekalumat mengenai apa yang sedang difikirkan oleh bank pusat sepanjang sesi dagangan AS pada hari ini.

Bermula pada jam 9.30 malam, Presiden Fed St. Louis, James Bullard akan mengulas mengenai ekonomi dan dasar di CFA Society, Chicago.

Kemudian, Gabenor Fed Lael Brainard akan memberi ucaptama di Kelab Ekonomi Detroit pada jam 12.45 pagi (Khamis).

Dan laporan utama yang terakhir adalah Beige Book Fed yang menilai keadaan ekonomi pada setiap cawangan bank pusat. Maklumat ini akan diterbitkan pada jam 1 pagi (Khamis).

Menurut kajian CME, sehingga hari Rabu potensi rate hike diumumkan pada bulan Disember telah mencapai 75 peratus.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: