Preview News Penting Buat EUR & USD: 14/02/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 14/02/2019

Berdasarkan unjuran bank pusat Bundesbank, Jerman sebagai pemilik ekonomi terbesar Zon Eropah berjaya mengelak daripada berlakunya kemelesetan. Se

Berdasarkan unjuran bank pusat Bundesbank, Jerman sebagai pemilik ekonomi terbesar Zon Eropah berjaya mengelak daripada berlakunya kemelesetan.

Selepas pertumbuhan GDP mengucup -0.2% pada Q3, bacaan awal bagi Q4 yang akan diterbitkan pada jam 3 petang dijangka menunjukkan pemulihan sekitar 0.1%.

Namun begitu, data-data ekonomi terkini terus mengecewakan. Oleh itu, kemungkinan tidak berlakunya perubahan atau pengucupan dua suku tahun berturut-turut tetap ada.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan para pelabur tidak boleh menafikan 100% potensi akan berlakunya kemelesetan ke atas ekonomi Jerman.

Zon Eropah juga akan mengeluarkan angka GDP Q4 pada jam 6 petang yang mana dijangka kekal di paras 0.2% (MoM) dan 1.2% (YoY).

Pasa sesi pasaran AS, para pelabur akan mendapatkan angka terkini jualan runcit bagi bulan Disember pada jam 9.30 malam.

Angka ini tertangguh akibat penutupan kerajaan AS sepanjang bulan Januari yang lalu. Jualan runcit meningkat 0.2% pada bulan November dan dijangka merekodkan peningkatan kecil 0.1% pada bulan Disember.

Jualan Runcit Teras yang mengecualikan jualan automotif dijangka stabil tanpa perubahan di paras 0.0%

Pengguna merupakan pusat kepada ekonomi AS, namun data belum menunjukkan sebarang perubahan yang signifkan, namun begitu angka yang diterbitkan tetap membentuk jangkaan menjelang laporan GDP pada akhir bulan Februari nanti.

Di waktu yang sama, para pelabur juga akan mengemas kini kadar inflasi peringkat pengeluar menerusi indeks PPI.

Berbeza dengan jualan runcit, bacaan PPI yang diterbitkan adalah untuk bulan Januari dan dijangka pulih daripada pengucupan bulan sebelumnya.

PPI dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) dijangka naik 0.1% sementara PPI Teras yang mengecualikan harga tenaga dan makanan dijangka meningkat sekitar 0.2%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: