Preview News Penting Buat EUR & USD: 14/12/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 14/12/2018

Bermula jam 4.15 petang hari Jumaat, para pelabur akan mendapatkan bacaan awal indeks PMI bulan Disember bagi sektor Pembuatan dan Perkhidmatan di Per

Bermula jam 4.15 petang hari Jumaat, para pelabur akan mendapatkan bacaan awal indeks PMI bulan Disember bagi sektor Pembuatan dan Perkhidmatan di Perancis, Jerman dan Zon Eropah.

Kesemua negara masih menunjukkan perkembangan yang stabil, namun aktiviti sektor pembuatan dan perkhimdatan di Perancis dijangka sedikit menurun berbanding bulan yang lalu.

Manakala sektor perkhidmatan di Jerman dan Zon Eropah dijangka meningkat berbanding bacaan yang lalu.

Di Amerika, kadar jualan runcit bagi bulan November yang mana melibatkan hari Black Friday dan Cyber Monday akan diterbitkan pada jam 9.30 malam.

Secara purata, ahli ekonomi menjangkakan peningkatan 0.1% pada jualan runcit sementara jualan teras yang mengecualikan jualan automotif naik 0.2%

Angka-angka di atas akan dimasukkan ke dalam data pertumbuhan GDP bagi suku tahun keempat (Q4) dan menjelang keputusan Fed minggu hadapan.

Kemudian fokus pelabur tertumpu kepada perkembangan aktiviti industri dan pembuatan di AS yang akan dikeluarkan pada jam 10.15 dan 10.45 malam.

Pengeluaran industri pada bulan November dijangka naik 0.3% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM).

Sementara bacaan awal indeks PMI Pembuatan bagi bulan Disember dijangka susut daripada 55.3 kepada 55.1 mata, manakala PMI Perkhidmatan diramalkan stabil pada paras 54.7 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: