Jumlah data ekonomi yang diterbitkan pada hari Selasa adalah sedikit, namun masih terdapat beberapa laporan yang akan diteliti oleh pelabur bagi menca
Jumlah data ekonomi yang diterbitkan pada hari Selasa adalah sedikit, namun masih terdapat beberapa laporan yang akan diteliti oleh pelabur bagi mencari petunjuk-petunjuk tertentu.
Pada jam 4.00 petang, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Darghi dijadualkan berucap di dalam persidangan di Portugal dan akan membuat beberapa penampilan umum.
Perkara utama yang menjadi perhatian adalah pendirian dasar beliau sebagai ketua ECB, apakah beliau akan mengulangi kenyataan dovish yang dikeluarkan selepas keputusan kadar faedah diumumkan minggu lalu.
Selain itu, ulasan berkenaan isu perdagangan turut dijangka dapat memberi impak langsung kepada matawang tunggal euro.
Sebarang kenyataan yang optimis dan positif terhadap pertumbuhan ekonomi dilihat akan membantu euro pulih berbanding matawang lain.
Di AS, para pelabur akan mengikuti perkembangan sektor perumahan dimana permit pembinaan AS dijangka sedikit menyusut pada bulan Mei daripada 1.364 juta kepada 1.350 juta unit.
Perubuhan tersebut turut menyebabkan kadar keluaran permit bulan Mei susut ke paras -1.4%
Unit rumah yang baru dibina (Housing Start) bagi bulan Mei pula dijangka pulih daripada 1.287 juta kepada 1.310 juta dengan kadar pertumbuhan bulan ke bulan (MoM) positif di paras 1.4%
Pasaran dijangka memberi reaksi yang berbeza sekiranya kedua-dua laporan di atas bergerak selari berikutan ianya saling mengimbangi antara satu sama lain.
COMMENTS