Preview News Penting Buat EUR & USD: 22/02/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 22/02/2019

Jerman akan memberikan petunjuk tentang kekuatan ekonomi Eropah menerusi data akhir pertumbuhan GDP bagi suku tahun keempat (Q4) pada jam 3 petang.

Jerman akan memberikan petunjuk tentang kekuatan ekonomi Eropah menerusi data akhir pertumbuhan GDP bagi suku tahun keempat (Q4) pada jam 3 petang.

Ahli ekonomi menjangkakan bahawa ekonomi akan terus bergerak mendatar pada Q4 dalam unjuran suku tahun ke suku tahun (QoQ), mengesahkan bacaan awal yang dikeluarkan pada 14 Februari lalu.

Kemudian para pelabur akan mengikuti satu lagi data penting di Jerman iaitu indeks iklim perniagaan hasil tinjaun IFO Jerman yang akan dikeluarkan pada jam 5 petang.

Berdasarkan lima laporan yang lalu, bacaan indeks telah menurun daripada 103.8 kepada 99.1 mata dan momentum tersebut dijangka berterusan sehingga bulan ini dengan bacaan indeks dilihat susut ke paras 99.0 mata.

Kesatuan Eropah pula akan menerbitkan laporan akhir bagi indeks inflasi harga pengguna (CPI) pada jam 6 petang dengan jangkaan bacaan selari dengan data awal yang diterbitkan pada 1 Februari lalu, mengesahkan penurunan tekanan inflasi ke paras 1.4%

Presiden ECB Mario Draghi pula dijadualkan berucap pada jam 11.30 malam di dalam acara penyampaian ijazah di Universiti Bologna Itali.

Ekonomi Eropah sejak tahun lalu telah mengalami kesukaran akibat kelembapan ekonomi global dan juga isu Brexit, oleh itu sebarang perubahan positif pada pandangan Draghi akan memberi impak yang signifikan ke atas matawang euro.

Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: