Preview News Penting Buat EUR & USD: 22/03/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 22/03/2019

Pada hari Jumaat, para pelabur akan mendapat bacaan awal bagi indeks PMI Perkhidmatan dan PMI Pembuatan bulan Mac di Perancis (4.15 petang), Jerman (

Pada hari Jumaat, para pelabur akan mendapat bacaan awal bagi indeks PMI Perkhidmatan dan PMI Pembuatan bulan Mac di Perancis (4.15 petang), Jerman (4.30 petang) dan Zon Eropah (5 petang).

Hampir kesemua sektor di setiap negara dijangka menunjukkan pemulihan kecuali sektor pembuatan Jerman dan Zon Eropah yang kekal mengucup dengan bacaan indeks di bawah 50 mata.

Sektor perkhidmatan di Perancis pula berjaya keluar daripada pengucupan dua bulan berturut-turut pada bulan Februari yang lalu dan dijangka terus berkembang pada bulan Mac.

Ketua-ketua negara Eropah akan berkumpul pada persidangan EU di Brussels pada hari ini. Perbahasan serta pandangan mereka terhadap isu berkaitan Brexit menjadi perhatian utama.

Kelemahan sektor perumahan menjadi salah satu penyumbang kepada nada dovish Fed pada mesyuarat dasar yang lalu.

Persatuan Realtors Kebangsaan akan mengeluarkan laporan jualan rumah sedia ada bagi bulan Februari pada jam 10 malam.

Secara purata, ahli ekonomi menjangkakan kadar jualan akan pulih pada bulan Februari, naik 2.2% dengan jumlah jualan tahunan naik kepada 5.10 juta unit.

Selain itu, Markit juga akan menerbitkan bacaan awal PMI bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan AS.

Aktiviti sektor pembuatan dijangka bergerak lebih cepat dengan bacaan indeks naik daripada 53 kepada 53.5 mata, manakala PMI perkhidmatan pula dijangka melaporkan penurunan daripada 56 kepada 55.7 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: