Preview News Penting Buat EUR & USD: 23/04/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 23/04/2018

Beberapa negara utama Zon Eropah akan mengeluarkan bacaan awal Purchasing Manager Index (PMI) bagi bulan April untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan

Beberapa negara utama Zon Eropah akan mengeluarkan bacaan awal Purchasing Manager Index (PMI) bagi bulan April untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan pada hari ini.

Perancis akan nula mengeluarkan bacaan indeks pada jam 3.00 petang dan kedua-dua sektor tersebut dijangka terus berkembang dengan baik walaupun sedikit perlahan berbanding bulan Mac yang lalu.

Sektor pembuatan di Jerman pula dilihat berkembang dengan kadar yang lebih perlahan pada bulan April, dijangka jatuh ke paras 57.6 berbanding 58.2 pada bulan sebelumnya.

Bagi sektor perkhidmatan pula indeks dilihat bergerak pada paras yang sama sekitar 53.9 mata.

Angka di atas 50 mata walau bagaimanapun masih menunjukkan perkembangan yang sihat di dalam ekonomi.

Kemudian pada jam 9.45 malam, Markit akan mengeluarkan bacaan awal indeks PMI bagi sektor Perkhidmatan dan Pembuatan di Amerika Syarikat.

Kedua-dua sektor ini dijangka terus berkembang dengan baik dengan kadar PMI Perkhidmatan bulan April naik 54.3, lebih tinggi berbanding bacaan 54.0 pada bulan Mac.

Data jualan rumah sedia di AS bagi bulan Mac pula dijangka menunjukkan peningkatan yang kecil sekitar 0.2% berbanding 3.0% pada bulan Februari kepada jumlah 5.55 juta unit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: