Preview News Penting Buat EUR & USD: 24/09/2019

Preview News Penting Buat EUR & USD: 24/09/2019

Kelemahan pada sektor pembuatan Jerman telah memberi impak kepada trend permintaan global, termasuk keyakinan para para pelabur. Dengan berlatarbe

Kelemahan pada sektor pembuatan Jerman telah memberi impak kepada trend permintaan global, termasuk keyakinan para para pelabur.

Dengan berlatarbelakangkan moral yang lemah, hasil kajian bulanan Ifo terhadap iklim perniagaan dan jangkaan bagi enam bulan kehadapan bagi bulan September dijangka akan terus memaparkan bacaan indeks yang rendah.

Pada bulan sebelumnya, keyakinan para peniaga telah merosot ke paras 94.3 mata, bacaan terendah yang tidak pernah dilihat sejak November 2011 yang lalu dan data yang akan diterbitkan pada jam 4 petang dijangka terus berlegar sekitar paras tersebut.

Kemudian pada jam 10 malam, fokus para pelabur akan berlaih kepada data keyakinan pengguna AS bagi bulan September hasil tinjauan CB (The Conference Board).

Berbeza dengan bacaan yang dikeluarkan oleh Universiti Michigan, tahap keyakinan pengguna CB kekal tinggi sepanjang musim panas tahun ini.

Walaupun bacaan indeks bulan September dijangka jatuh berbanding angka bulan Ogos, daripada 135.1 kepada 134.1 mata, paras tersebut masih tinggi, namun masih tinggi dan mengisyaratkan optimis para pengguna.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: