Preview News Penting Buat EUR & USD: 25/10/2018

Preview News Penting Buat EUR & USD: 25/10/2018

Bacaan indeks Iklim Pengguna Gfk Jerman yang mengukur keyakinan 2,000 pengguna dilihat semakin berundur daripada rekod tertinggi, namun masih mengekal

Bacaan indeks Iklim Pengguna Gfk Jerman yang mengukur keyakinan 2,000 pengguna dilihat semakin berundur daripada rekod tertinggi, namun masih mengekalkan bacaan yang baik.

Selepas naik 10.6 pada bulan Oktober lalu, bacaan indeks untuk bulan November dijangka susut ke paras 10.5 mata.

Iklim perniagaan Ifo yang menjadi badan pemikir pertama di Jerman telah mengejutkan pasaran apabila hasil tinjauan 7,000 perniagaan menunjukkan bacaan indeks naik 103.7 pada bulan September.

Angka ini menunjukkan para peniaga Jerman yakin dengan keadaan ekonomi untuk enam bulan hadapan. Bacaan dijangka sedikit susut pada bulan Oktober ke paras 103.1 mata.

Kemudian pada jam 7.45 petang, laporan yang ditunggu-tunggu oleh pasaran iaitu keputusan kadar faedah ECB, sehari selepas BoC mengumumkan keputusan mereka.

ECB telah menurangkan skim pembelian bon mereka bulan ini, hanya membeli $15 billion euro bon setiap bulan dan sedang ke arah penamatan program pembelian sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Namun begitu, beberapa petanda yang menunjukkan kelembapan ekonomi termasuk kadar inflasi teras yang sekali lagi turun di bawah 1%. Bank pusat dijangka tidak mengubah kadar faedah dan jangkaan mereka pada mesyuarat hari ini.

Akan tetapi, pasaran akan meneliti setiap ungkapan yang akan dikeluarkan oleh Presiden ECB Mario Draghi kerana sebelum ini beliau kelihatan optimis dan mungkin akan mengubah nada beliau di dalam sidang media ECB pada jam 8.30 malam.

Pada waktu yang sama (8.30 malam), pasaran turut akan menumpukan perhatian kepada data pesanan barangan tahan lama.

Pesanan barangan ini mewakili sebahagian pelaburan dan akan dimasukkan ke dalam kadar pertumbuhan KDNK.

Laporan yang diterbitkan bagi bulan September akan membentuk jangkaan KDNK yang akan dikeluarkan pada hari esok (Jumaat).

Melalui bacaan akhir yang dikeluarkan pada bulan Ogos lalu, pesanan meningkat 4.4%.

Namun seperti yang diketahui, angka ini bergerak volatile dan dijangka susut -1.3% pada bulan September.

Pesanan barangan teras pula kekal sekata pada bulan Ogos dan dijangka naik 0.5% pada bulan September.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: